Projek pembangunan dan infrastruktur di Sarawak tidak akan terjejas meskipun kerajaan pusat laksana langkah penjimatan perbelanjaan awam, menerusi garis panduan yang diumumkan Kementerian Kewangan baru-baru ini.<br /><br />Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata formulasi kewangan dan rancangan pembangunan seperti yang diperuntukkan kerajaan negeri akan diteruskan tanpa jejaskan ekonomi negeri itu sehingga ke peringkat mikro.